Halaman

Isnin, 24 Oktober 2011

Ujian tuhan untukku...

Hampir beberapa bulan saya tidak menulis di bloq ini.Pelbagai masalah dan dugaan yang telah saya lalui.Yang nyata ini adalah ujian tuhan untuk saya. Dan saya redha di atas ketentuaannya.Kerana kita semua tidak dapat lari dari garis-garis taqdir yang telah tertulis di Luh Mahfuz.Sebagai hamba,kita hanya patut menerima apa jua perkara telah ditentukanNYA.Tuhan Maha Bijaksana.
Kemalangan motorsikal
Peristiwa ini berlaku pada pertengahan bulan Ramadhan baru-baru ini.Saya bermotosikal untuk pergi ke sebuah masjid pada pukul 3.00 pagi bagi menyertai Program Sahur Bersama Masyarakat.Jalan yang saya lalui itu adalah jalan nak menuju ke sekolah anak saya sendiri.Memang selalu menggunakan jalan tersebut.Saya menunggang motorsikal seperti biasa.Kadar kelajuaan normal.Tak laju sangat dan tak perlahan sangat.Suasana malam itu agak cerah dan menyelesakan.Tiba-tiba saya nampak lopak air dan tak sempat mengelak.Saya terus jalan le.Lopak itu berair dan nampak tak terlalu dalam.Tetapi selepas melalui lopak air tersebut baru saya sedar jalan tar kampung itu sudah pecah dan sebelahnya menurun sedalam sekaki lebih.Saya sudah tidak dapat mengelak.Motorsikal terpelanting dan saya terus terhempap di atas jalan tar itu.Enjin motor mati tidak lama leps itu.Saya terdiam dengan rasa sakit pada bahu dan rusuk.Merasai kesakitan dengan rasa terkejut dan terdiam.Seolah-olah bagai maut sudah hampir menjemput.Beberapa ketika saya terdiam di atas tanah.Sambil menahan sakit.Ketika itu suara hati saya beberapa kali berbisik dengan kalimah,"Redhalah kamu dengan tuhan."Berkali-kali suara itu tergiang-ngiang di sanubari saya.Terus saya jawap."Ya aku tetap redha sekiranya tuhan akan menentukan untuk aku mati atau tidak.Akau tetap redha diatas ketentuan Mu Ya Allah.Di dalam hati,sempat juga saya berbisik dan berdoa."Ya Allah,Panjangkanlah umurku kerana aku ingin membaca al quran bersama rakan-rakanku.(termasuk anak-anak muridku)"Tidak berapa lama selepas itu,saya pun bangun.Kedengaran bunyi tulang-tulang bahu merkup-rekup menunjukkan adanya patah.Terus saya mengangkat tangan kanan bagi mengelakkan bahu jatuh.Rasa sakit masih terasa.Saya cuba juga mengangkat motorsikal.Saya cuba menghidupkan enjinnya berkali-kali.Tak hidup juga.Saya heret motor itu perlahan-lahan sambil berada di atas motor.Rasa sakit semakin perit.Saya tetap cuba mengheretnya.Sakit makin terasa.Nasib baik saya saya bawa hand phone.Terus call isteri di rumah.Saya memang tak berapa suka minta pertolongan dengan orang selagi mampu.Tapi kali ini saya terpaksa minta tolong daripada istei saya.Tidak lama isteri saya sampai dengan keadaan cemas.Dia mengheret motor saya beberapa batu.Manakala saya menunggang motorsikalnya dengan sakit di bahu.Sampai di rumah seorang kenalan,motor saya ditinggalkan di situ.Kami pulang ke rumah.Sampai di rumah sakit si bahu saya semakin tak tertahan.Pedih dan perit.Abang saya membawa saya ke hospital.Saya disuntik dengan ubat tahan sakit dan diminta datang semula ke hospital pukul 10.00 pagi esoknya.Saya merasa bimbang jika selepas di xray takut kecederaan itu akan menyebabkan saya berbulan-bulan terpaksa tinggal di hospital.Mungkin terpaksa ditempatkan ke hospital yang jauh.
Permohonan untuk tuhan
Mak berpesan,mohonlah kepada tuhan.Bacalah amalan Bismillah 9 banyak kali.Insya Allah tuhan akan memberi pertolongan.Masa masih ada.Saya mengajak isteri membaca Surah Yasin dan memohon kepada tuhan dijauhkan daripada kepayahan dan kesukaran ketika melalui musibah ini.Pukul 10.00 pagi saya di x ray.Doktor yang melihat x ray bahagian badab saya.Doktor terus bertanya."Encik ada kena TB?"Terus saya katakan tidak."Tapi kenapa gambar x ray dada encik warna kehitaman?Dia terus meminta melakukan analisa kahak sebangayk 3 kali.Dan akhirnya doktor mengesahkan saya tidak kena TB.Manakala kecederaan tulang pula doktor hanya mengatakan patah sedikit sahaja tulang rusuk.Permohonan saya dimakbulkan
Rawatan Tradisonal
Setelah disahkan oleh doktor bahawa kecederaan saya hanya sedikit,saya bergegas ke rumah Ustaz Said.Beliau adalah pengamal rawatan tradisional.Beliau mampu mengubat patah tulang dan lain-lain lagi.Sesampai di rumahnya,beliau mengurut bahagian bahu saya.Sakitnya amat sangat.Beliau meminta saya makan madu bersama 25 biji lada putih serta beberapa biji puah pala yang ditumbuk lumat.Malam tidur bagaikan berda disisi periuk.Panas le.Minggu kedua selepas diurut saya merasa bagai kena ubat pelali.Pagi,petang dan malam asyik nak tidur saja.Msuk minggu ketiga bahu saya semakin pulih.Setelah selesai rawatan barulah Ustaz Said menyatakan bahawa banyak tulang saya sudah patah.Bukan setakat tulang rusuk sahaja.Tulang selangka juga patah.Tulang lengan mungkin retak.Saya bersyukur Allah memulihkan kembali kecederaan saya dalam masa yang singkat.Dan saya yakin Tuhan akan memberi pertolongan walaupun pada akal agak mustahil.Alhamdulillah....MOHONLAH KEPADA TUHAN.NESCAYA AKAN DIMAKBULKANNYA..