Halaman

Khamis, 31 Mac 2011

Kifarah kerana mencuri

Sebentar tadi saya menghantar seorang kawan pulang ke rumah anaknya.Kawan tersebut sudah lama saya kenali.Umurnya melebihi 60 tahun.Tapi saya hanya memanggilnya abang sahaja.Walau pun anaknya seusia dengan saya.

Ada cerita yang menarik mengenai dia.Saya namakan namanya sebagai M bagi memudahkan cerita.

Sebenarnya M ni menderita penyakit gila lebih daripada 30 tahun.Semasa mudanya dia seorang yang gagah, tampan dan bergaya.Tetapi dia agak malas bekerja.Dia juga suka bergaul dengan orang-orang yang rosak akhlaknya.

Dek kerana ingin senang dengan tanpa terlalu bersusah payah maka dia pun terlibat dengan kawan-kawan yang suka mencuri.Tak kira siang kah, malam kah.Ada peluang habis di sapunya. Satu hari dia merancang untuk mencuri kain-kain yang dibawa oleh seorang pedagang kain yang datang dari utara semenanjung.Biasa la.Orang dulu berdagang kain sampai berbulan-bulan merantau tempat orang bersama-sama kain yang nak di jual.Mereka tak tentu tempat bermalam.Kadang-kadang di surau atau masjid atau rumah orang.

M mengintai-intai peluang untuk mencuri kain pedagang itu.Ketika pedagang kain itu leka(mungkin tidur) di satu tempat.Dia tanpa berlengah-lengah mencuri kain pedagang tersebut.Bukan banyak pun.Lebih kurang sekodi sahaja,Sekodi tu lebih kurang 20 atau 30 helai sahaja.

Kain tersebut dijual kepada orang.Janji dia puas dapat duit hasil mencuri itu.Tapi tidak lama selepas itu dia berasa hatinya tidak tenteram.Mudah marah,gelisah dan tak dapat mengawal perasaannya.Lama-kelamaan dirinya semakin tak terurus.Pelbagai kelakuan luar biasa berlaku ke atas dirinya.Dia jadi gila.Berulang alik lah dia ke hospital Bahagia.

Sekiranya sampai masa-masa tertentu kegilaannya menjadi bahaya kepada orang lain.Sehingga kini dia masih mengambil ubat penenang untuk mengawal penyakitnya itu.

Satu hari, saya pernah berbicara dengan dia.Katanya dia mengakui kesilapannya kerana mencuri itu.Dia akur dengan kifarah yang dia terima.Dia sudah mencari pedagang kain yang dianiayanya itu.Tapi apa nak buat.Pedagang itu sudah meninggal dunia.Tak sempat dia nak minta halal dan mohon maaf.

Cuma saya katakan kepadanya."Sabarlah M.Berdoa dan mohon ampun kepada tuhan.Hadiahkan tahlil arwah kepada pedagang itu."Dia diam dan mengakui.

Sehingga kini penyakitnya sedikit berkurangan.Mungkin disebabkan usia dan mampu sedikit mengawal perasaannya.

Kifarah Peragut

Kisah kedua ini hampir serupa dengan kisah M tadi.Tetapi pemuda yang saya namakan sebagai L ini tidaklah seteruk penyakit M.

L ini sebenarnya pernah bekerja.Masa mula bekerja memang dia menjadi kebanggaan keluarga.Tampan bergaya.Memang tak sangka dia seorang peragut.

Malangnya kesenangan yang diperolehi disia-siakan.Dia pun seperti M suka mendapatkan rezeki secara mudah.Semasa dia tinggal di sebuah bandar besar yang semua orang boleh agak.Dia terlibat dengan rakan-rakannya menjadi peragut.Menurut cerita rakannya.Sebulan berpuluh-puluh ribu diperolehi dengan meragut beg orang.

Satu hari L dan rakannya bersedia untuk meragut seorang perempuan yang mengandung.Sambil rakannya memecut, dia terus merentap beg perempuan tersebut.Dia hanya sempat melihat perempuan itu rebah tanpa belas kasihan.Peragut memang kejam dan tak berperi kemanusiaan.Nasib perempuan itu tak diketahui.

Tak lama selepas itu L banyak bermenung.Lama kelamaan dia suka tersenyum seorang diri.Tak gemar bersembang dengan orang.Bagai berada di alam tersendiri.Hingga kini dia berkelakuan sebegitu.Kerja pun sudah dipecat kerana masalah minda nya itu.

Saya cuba bersembang dengannya tetapi dia buat bodoh je. Ye lah. Dia dah gila.Buat penat je tanya.Tapi gilanya tak lah mengganggu orang lain.

Apakah ini juga adalah kifarah kerana kesalahannya?Wallahu `aklam.

SESUNGGUHNYA DOA ORANG-ORANG TERANIAYA AKAN DIMAKBULKAN TUHAN.BERHATI-HATILAH DENGAN DOA MEREKA.
JANGAN MENYAKITI ATAU MENGINAYA ORANG LAIN.

Ahad, 27 Mac 2011

J...kau ada hak untuk bahagia.

Petang tadi datang seorang gadis mengadu kepada saya.Satu masalah yang agak menarik.Gadis itu berumur lebih kurang 30an.Bekerja kilang.Cantik dan menarik.Tapi nampak kusut kerana permasalahan dalam diri.

Saya namakan sebagai J.Sebenarnya ayah J salah seorang rakan baik saya.Ayah J sudah meninggal dunia beberapa tahun lalu.Apa masalah J ini?

Apa yang J suarakan pada saya?Mula-mula dia mengadu berkaitan dengan sakit yang di deritai abangnya.Abangnya sudah berkahwin.Tetapi sakit abangnya ini agak luar biasa.Badannya menyusut dan kurus kering.

Mengikut cerita bomoh abangnya terkena buatan orang.Tapi yang tak sedap tuduhan yang mengatakan orang yang buat itu ialah isteri abangnya sendiri.Keadaan ini amat mengelirukan J. Tambah pula bapa saudaranya mendesak J mencari bomoh yang mampu membalas perbuatan itu.Bahkan bapa saudaranya mengajak dia pergi berjumpa bomoh yang handal dan upah bomoh itu membunuh secara batin.Kerana kata bapa saudaranya, kini penyakit itu semakin parah dan akan membawa maut kepada abang dan ibunya.

Untuk permasalahan tersebut saya katakan bahawa berhadap atau terlalu mempercayai cerita bomoh akan membawa kepada syirik.Soal ajal maut bukan dapat ditentukan oleh lisan manusia.Walaupun sihir itu ada.Perbuatan halus itu benar.Tetapi mempercayai soal ajal maut itu adalah rahsia tuhan.

Jangan terpengaruh dengan kata-kata yang menakutkan kerana kebenaran siapa yang tahu.Hanya tuhan.Itulah kelemahan pemikiran tahyul yang banyak menghantui masyarakat kita.

J lebih rasa terkilan kerana segala perbelanjaan perubatan tersebut dia yang tanggung.Bapa saudaranya hanya menekan pemikirannya semata.

Lalu saya lihat pada riak muka dan permasalahan sebenar diri J.Apa yang jelas J terlalu derita menanggung banyak hal.Bukan soal sakit itu semata-mata yang dia terpaksa tanggung.Bahkan perbelanjaan makan minum ibu,adik dan abang juga terpaksa ditanggungnya.Dia mudah kasihan kepada mereka.Segala wang gajinya digunakan untuk membantu mereka.Sedangkan mereka senang dan masing-masing bekerja.Tapi mereka tidak malu meminta duit dan songlap duitnya.

Tapi dia amat mudah kasihan dan akhirnya dia menderita.Bahkan soal jodoh pun dilupakan semata-mata ingin keluarganya senang dan sempurna.Dia sayang kepada keluarganya.Dia sanggup bekorban untuk mereka.Dia sanggup derita kerana mereka.

Ibunya juga akan menangis dan meraung sekiranya dia tak memberikan wang kepada abangnya.Dia terperangkap antara permintaan adik-beradik yang menekan jiwa dan air mata ibunya.Sedangkan pendapatannya bukanlah terlalu besar.Tetapi adik beradiknya tak tahu menghargai.Ucap terima kasih pun payah.

Saya katakan kepadanya."Bebaskanlah hidupmu J.Kerana kau berhak menerima kebahagiaan. Pengorbanan memang baik.Tetapi sentiasa terkorban akan menyiksa diri sendiri.Utamakan kebahagiaan diri sendiri.Tiada guna berkorban untuk orang yang tak tahu menghargai.Keluar dan carilah kehidupan sendiri"

Mungkin ada kalanya kita rasakan tindakan kita akan dipertikai.Tapi tak salah jika kita bertegas untuk kepentingan diri sendiri dahulu.Mereka tentu boleh mengatasi kehidupan mereka kerana mereka juga bekerja.Mereka juga berakal.Kenapa wang ringgit kita punahkan semata-mata untuk kesenangan dan kemudahn orang lain.Sampai kita terlalai untuk menyusun kehidupan diri sendiri

Anjuran saya untuk J ialah:

1. Buktikan bahawa dia mampu memiliki rumah dan kenderaan sendiri

2. Carilah jodoh yang sesuai dan jangan terbeban dengan permasalahan orang lain hingga lupa perancangan hidup sendiri.

3. Kita berhak bahagia dan gembira dengan titik peluh kita.Bukan semata-mata memberi kesenangan untuk orang lain.

4. Kembali kepada jalan agama.Bacalah al quran dan kuatlah beribadah kepada tuhan.

Tetapi dalam persoalan sebegini jawapan yang paling penting ialah ketegasan diri J sendiri.Kerana dia pun ada hak untuk bahagia.Dia berhak mendapatkannya.Wallahu a`klam

Anak derhaka

Saya baru pulang menziarahi kematian.Kematian anak seorang daripada ahli kelas.Sekembali dari rumah kawan saya itu, saya bersama-sama rakan-rakan berbual-bual kosong.Menceritakan soal kehidupan.Maka salah seorang kawan menceritakan satu kisah yang agak menarik untuk direnungi dan diambil iktibar.Semua itu adalah pengalaman yang nyata dan mungkin terdapat juga di celah-celah kehidupan orang lain.

Kawan saya itu mempunyai seorang anak saudara yang saya namakan sebagai L.L sudah berumur 25 tahun.Tidak bekerja tetap dan masih belum berumah tangga.L mempunyai sikap pembengis.Mudah naik angin dan suka mengamuk.Dalam usia sebegini dia masih bersikap kebudak-budakan.
Sekiranya permintaannya tidak ditunaikan, dia akan mengamuk dan mengancam nyawa seseorang.Dia tak pernah tenteram dalam kehidupan.Sikap nya kerap berubah-ubah.Sekejap tenang.Sekejap melenting.

Pernah dia mengamuk dan mengancam untuk menikam ibunya dengan pisau.Tapi nasib baik kawan-kawannya sempat melarikan ibunya dengan kereta.Keluar dari rumah.Kalau tidak pasti akan berlaku perkara yang tidak diingini.

Pernah juga dia memaki ayahnya sendiri dengan kata-kata kesat di hadapan khalayak.Dia menjadi kehantuan jika anginnya sudah naik.Dia menjadi anak yang bagaikan orang gila bila naik angin atau mengamuk.

Lalu saya tanyakan kawan saya itu adakah L anak yang dimanjakan semasa kecil dahulu.Kawan saya mengatakan ya.Semasa kecil dia memang dimanja oleh datuk dan neneknya.Begitu juga oleh ibunya.Manakala ayahnya kurang menegurnya jika dia melakukan kesalahan.

Kawan saya juga mengatakan ibu L terlalu menurut kehendak L.Nak duit bagi.Nak apa-apa ditunaikan.Bahkan dalam usia sedewasa ini pun ibunya terpaksa menyiapkan belanja hariannya sekurang-kurangnya RM 500.00 sebulan.Itu baru duit poket.Belum lagi permintaan yang lain

L juga terlibat dengan penagihan dadah.Dia mengambil pil-pil khayal secara berterusan.Dia menjadikan rumah ibu bapanya tempat untuk melepaskan gian dan khayal

Saya sudah dapat punca kenapa L jadi begitu.Punca-puncanya ialah:

1. Kemanjaan ibu yang berlebihan.Hingga merosakkan pemikirannya menjadi anak yang tidak sedar diri.Nak duit terus bagi tanpa banyak cerita.

2. Sikap bapanya yang lambat untuk bertegas kepadanya.L sudah dewasa.Dia sudah hilang takut dan hormat dengan bapanya.

3. Dadah merupakan punca pemikirannya semakin tenat.Dia sudah lupa pengorbanan ibu bapa.Dia sentiasa khayal dan mabuk dengan dunianya yang tersendiri

Kerana itu kisah filem "Anakku Sazali" telah mengajar kita keburukan mengajar anak dengan terlebih kasih sayang.
Dan mungkin ada sebab yang ke4.Iaitu mungkin ada salah ibu bapanya terhadap nenek mereka atau kifarah atas kesalahan yang tersembunyi

Walau bagaimana pun, itu hanya sekadar pandangan.Semua itu di dalam lingkungan ketentuan tuhan.Kita semua mengharapkan yang terbaik untuk diri kita dan keluarga kita.Tapi tuhan tetap menguji keimanan kita dengan pelbagai macam permasalahan.

Apa pun marilah kita kembali kepada ajaran Islam.Ajaran yang benar dan tepat.Sesuai dengan kehidupan kita.Kerana hidup hanya medan untuk di uji.

Sekadar renungan...

Rabu, 16 Mac 2011

Keluarga Songsang

Kisah ini saya perolehi daripada salah seorang rakan yang juga ahli kelas KBNM.Kisah sebuah keluarga Melayu yang mengamalkan sex bebas.Rakan saya ini,saya namakan sebagai K.Pernah merantau ke pekan-pekan besar untuk bekerja.

Satu hari dia disapa oleh seorang perempuan separuh umur ketika sedang merayau-rayau di sebuah pekan yang mungkin semua orang boleh mengagaknya.Sembang punya sembang perempuan itu mempelawa K untuk bekerja dengannya.

K apa lagi.Terima terus tanpa banyak tanya.Dek kerana dia tidak ada tempat tinggal lagi.Maka perempuan itu mempelawa tinggal di rumahnya.K berasa bersyukur kepada tuhan.Kerja dah dapat.Tempat tinggal disediakan.

Tapi dia belum pasti apa bentuk pekerjaan yang akan dilakukan kelak.Ah....tunggu lah nanti.Janji sampai sini dapat rezeki ang halal.Bisik K lagi.

Sampai di rumah perempuan tadi,K telah di sambut mesra oleh ahli keluarga perempuan itu.Sebuah bilik telah disediakan untuknya.Selesai makan malam bersama keluarga itu,dia terus masuk bilik sambil berangan-angan kosong.Mata pun tak mahu terlelap lagi.Dia mengambil sebuah majalah untuk dibaca.

Isk....rasa nak buang air kecil pulak.K bingkas bangun menuju ke tandas yang telah
ditunjukkan semasa baru sampai di rumah ini oleh salah seorang anak perempuan tadi. Semasa dia menuju ke tandas, dia agak terkejut kerana perempuan tadi memasuki bilik menantunya.

Setelah selesai buang air, dia terserempak dengan menantu perempuan keluar dari bilik suami perempuan tadi.Dia semakin keliru bila mendengar suara gelak ketawa datang dari bilik mereka.

Esok paginya semasa sarapan, K bertanya kepada salah seorang anak perempuan tadi tentang suara dan keakuan mereka masuk bilik satu sama lain.

Jawap anak perempuan itu,"Ala biasa la dik.Kami suka bermesra antara satu sama lain.Mama dan papa pun tak marah.Adik nak....malam ni join sekali la."

Tersirap darah K.Tak pernah dia menjangka ada orang Melayu melakukan sek bebas di dalam keluarga.Dia berasa malu dan amat-amat janggal.

Tanpa berlengah K pun memberitahu perempuan tersebut ingin keluar sebentar.Sebenarnya dia nak cabut lari.

K mengakhiri kisahnya kepada saya dengan katanya,"Mereka memang baik dan lemah lembut tetapi tak sangka kelakuan mereka amat luar biasa.Hmmmm.....astaghfirullahul azim"