Miskin dan kaya adalah dua keadaan yang berbeza.Mungkin ada orang yang bertuah ditakdirkan kaya dan senang.Dapat melalui hidup dengan keriangan dan kebahagiaan.
Segala yang diinginkan dapat dicapai kerana kemewahan dan kekayaan yang mereka miliki.
Tetapi ada juga orang yang ditakdirkan miskin serta tidak mampu mengecap kesenangan yang sewajarnya.Kesenangan atau kekayaan itu kadang-kadang bagai mimpi atau anganan semata.Bahkan makan dan minum pun menjadi tekanan kepada mereka sehari-hari.Bagaimana rumah atau tempat tinggal mereka?Bagaimana masa depan mereka?Bagaimana keriangan hati mereka?Menjadi tanda tanya kepada kita..
Bagaimana dengan keadaan sekeliling kita?Adakah masih ramai orang yang susah atau miskin?Adakah masih ramai yang perlu dibantu atau diberi perhatian?Sebenarnya masih ramai.Kemiskinan adalah keadaan yang berjalan mengikut zaman.Kemiskinan adalah kenyataan yang perlu diperhatikan dengan sikap prihatin dan penuh tanggung jawap.
Walaupun banyak pihak mengatakan kehidupan kita semakin baik dan tahap kemiskinan berkurangan.Tetapi masih ramai lagi orang miskin yang perlukan bantuan.Ada yang merayu dan meminta.Tetapi masih ramai masih bertahan dengan sikap malu meminta.Dan mereka ini tabah menjalani kehidupan dengan hati yang terbuka.Mereka redha dengan ketentuan Ilahi.
Hati mereka menangis dan jiwa mereka pasrah denga ketentuan ini.Perkara ini saya saksikan ketika saya menziarahi mereka.Walaupun kemiskinan mereka tidaklah sehebat seperti kebuluran di Afrika.Tapi mereka tetap adalah golongan yang patut dibantu.Itu menjadi tanggung jawap kita bersama. Mereka perlu dibantu samada dalam bentuk material atau kata-kata yang mampu merangsang untuk membebaskan mereka dari belenggu kemiskinan.
Ketika saya berbasikal mencari orang fakir miskin untuk menyampaikan barangan zakat yang diamanahkan oleh pihak tertentu kepada saya.Saya menyaksikan beberapa keadaan yang mungkin boleh menjadi iktibar kepada kita semua
Ini adalah bumbung ruang hadapan rumah yang saya ziarahi.Zinknya sudah reput.Tapi empunya rumah masih belum memperbaikinya.Mungkin tak mampu.Atau wang lebih perlu digunakan untuk yang lain.Saya pun tak pasti.
Tetapi ada juga kalangan manusia ini gemar tinggal di rumah yang nampak uzur.Sebenarnya bukan dia tak mampu.Bahkan pendapatan menjangkau ribuan ringgit sebulan.Ada yang berkereta dan berbelanja mewah.Mereka sengaja membiarkan rumah nampak usang atau dhaif.Bagi saya mereka tak perlu dibantu dari segi material.Mereka sebenarnya suka dengan kehidupan sebegitu.Biarkanlah...
Apa pun di dunia ini banyak lakunannya.Yang penting kita redha atas kejadian yang Allah tentukan itu.Yang miskin dan kaya saling memerlukan antara satu sama lain.Yang miskin perlukan bantuan yang kaya.Yang kaya perlukan tenaga yang miskin.
Yang kaya sebenarnya hanya tuhan.Milik tuhanlah seluruh alam buana ini.Termasuk dengan diri kita.Kekayaan kita inipun hanya pinjaman daripadaNYA.Esok lusa apabila malaikat Jibril menjemput kita.Segalanya akan kita tinggalkan.Hanya rumah papan yang sempit tempat pembaringan kita.Saiznya yang muat-muat tubuh kita.Di tanah wakaf berhampiran masjid tempat persemadian kita.Segala harta,sawah bendang,kereta dan wang ringgit ditinggalkan kepada waris kita.Hanya kain putih buat selimut di dalam tanah yang mereka bekalkan.
Kasih sayang?Ohh..... apakan daya.Sesayang mana kita kepada anak, isteri, ibu bapa atau taulan.Bila nyawa tiada di dalam jasad, cepat-cepat dihebah kepada orang ramai.Akhirnya dihantar juga jasad kita menuju ke tanah perkuburan untuk disemadikan.
Setiap yang hidup akan mati,
Yang kekal abadi hanyalah Ilahi,
Hadapkan hati dan terimalah kenyataan ini,
Kembali kita nanti seorang diri,
Di kubur malaikat menanti,
Ditanya dan di pukul kiranya berlaku keji,
Di beri nikmat jika kebaikan diamali,
Oh badan....
Kembali kepada tanah,
Oh nyawa ...
Kembali kepada azali
Oh roh...
Kembali kepada Ilahi
Sabtu, 21 Ogos 2010
Khamis, 12 Ogos 2010
Sedekah kain pelikat
Tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima. Ramai orang mengetahui hal tersebut. Tetapi bukan semua orang mampu memberi. Bukan semua orang ada kemampuan untuk menjadi orang yang dermawan. Bukan semua orang boleh bersedekah. Hanya orang yang dipilih dan ditentukan tuhan sahaja yang boleh melakukan. Dan tak semestinya orang yang kaya sahaja mampu menjadi golongan yang memberi.
Begitu juga pihak yang menerima. Bukan semestinya mereka golongan yang rendah atau hina. Mereka hanya insan biasa yang tidak berkemampuan tetapi terpaksa menerima. Sekadar memenuhi hajat keperluan diri. Mereka tetap mulia sekiranya memandang segala rezeki itu sebenarnya daripada Ilahi. Cuma tuhan mendorong rezeki itu daripada tangan-tangan manusia yang berhati mulia.
Tetapi siapa yang layak menerima sumbangan rezeki itu. Adakah sumbangan itu bererti sekiranya penerima tidak berhajat atau berkehendak. Layakkah peniaga kain menerima sumbangan sedekah berbentuk kain juga. Layakkah seorang yang cukup makan setiap hari menerima sumbangan makanan yang sepatutnya diterima oleh fakir miskin yang tidak cukup makan.
Teringat saya kisah seorang alim yang tidak mahu menerima sedekah daripada orang ramai. Bila ditanya kepadanya, mengapa tidak mahu menerima sedekah tersebut. Jawapnya,"Aku orang yang kaya, kerana aku ada tanah, makan sehari-harian cukup dan aku tidak ada tanggungan(anak).Yang layak aku terima hanya hadiah." Jelas disini orang alim tersebut tidak mahu menerima sesuatu yang bukan haknya. Iaitu sedekah itu hak orang fakir miskin atau orang yang selayaknya.
Tapi pernahkah kita terfikir bahawa pertolongan itu hanya amat bererti kepada orang yang sangat-sangat memerlukan. Tidak ada maknanya memberi kepada orang yang tidak begitu menghargai sedekah atau pemberian tersebut. Amat menyedihkan pula jika memberi kepada orang yang sombong atau angkuh.Walaupun dia adalah orang yang layak menerima. Akhirnya pemberian tersebut tiada maknanya.Bagai meletakkan mahkota di kaki kera.
Kali ini saya akan membawa beberapa kisah yang menarik berkaitan sedekah jariah.Baru-baru ini seorang hamba Allah tiba-tiba meminta saya mengagihkan sedikit kain-kain pelikat kepada orang yang layak menerimanya.Sememangnya bagi saya ini adalah tanggungjawap yang amat berat.Takut tersilap bagi.Tapi saya tidak mahu melepaskan peluang untuk membantunya.Kerana saya sendiri tidak mampu bersedekah sepertinya buat masa ini.Saya saya pun turun ke kampung mencari bebarapa orang miskin yang saya rasa layak menerimanya. Tengok rumah mereka.Nilai keadaan diri mereka atau mendengar kisah-kisah disebalik kehidupan mereka.
Pada mulanya si penderma yang baik hati menyerahkan kepada saya 2o helai kain pelikat untuk diagihkan.Di bawah ini adalah gambar sebahagian kain-kain tersebut.
Maka bergeraklah saya samada berbasikal atau bermotorsikal.Mencari orang yang layak menerimanya.Usaha tersebut saya lakukan beberapa hari.Ternyata banyak perkara-perkara yang menarik dan istimewa telah saya temui.Rupanya ramai orang yang layak menerimanya.Ramai orang miskin.20 helai kain tersebut selesai saya agihkan.Si penderma menyerahkan kepada saya lagi 10 helai lagi.Hanya 3 hari sahaja kain-kain itu selesai saya agihkan.
Apakah perkara yang istimewa yang telah saya temui?Ohhh....banyak.Antaranya:
1. Saya menemui seorang ibu tua yang tinggal bersama anak lelakinya di sebuah rumah yang usang.Jalan menuju rumahnya pun amat semak.Anak lelakinya menghadapi masalah mental.Sudah beberapa tahun tidak bekerja dan hanya berdiam dirumah serta berulang ke masjid sahaja.Setelah saya selidiki dia menjadi begitu kerana putus cinta.Ketika saya menemuinya dia banyak diam sahaja.Ibunya itu hanya bekerja mengambil upah mencuci masjid dan hampir-hampir mereka tiada pencarian rezeki yang tetap.Anak-anak yang lain pun susah juga.Bahkan ibu tua tersebut ada mengatakan bahawa anak yang lain selalu meminta wang daripada mereka.
2. Saya pergi kesebuah rumah yang agak kecil tetapi tinggi di satu jalan.Rumah itu menarik kerana kedudukannya agak senget.Sampai di rumah tersebut saya disambut oleh seorang lelaki dalam lingkungan 40 lebih.Dia mengalami masalah kecerdasan pemikiran.Agak rendah diri.Dia tidak berkahwin dan bekerja tetap.Keluasan rumahnya lebih kurang 10 kaki kali 10 kaki.Tapi dia masih sanggup menerima anak saudaranya untuk tinggal bersamanya.Anak saudaranya juga tidak berkahwin dan tidak mempunyai rumah.Walau pun susah tetapi masih membantu orang lain pula.
3. Saya menemui sepasang suami isteri yang saya anggap amat istimewa.Si suami bisu dan pekak.Manakala isteri mengalami masalah penglihatan.Matanya kabur hampir buta.Kedua suami isteri itu tidak mempunyai anak.Mereka tiada pekerjaan.Rumah yang mereka diami itu pun rumah saudara mereka yang bersimpati kepada mereka.Saya pun tak tahu bagaimana mereka memperoleh belanja untuk makan minum.Siapa yang menyara mereka?Sesuatu yang anih ialah Persatuan Buddha ada membantu mereka setiap tahun.
4. Seorang lelaki tinggal di bawah rumah.Rumah tersebut tidak berpenghuni.Tuan rumah tersebut telah meninggal dunia.Anak cucu tuan rumah tersebut pun tidak berani tinggal di rumah tersebut.Dengar cerita berhantu.Di bawah rumah tersebut ada sebuah kedai makan.Diusahai oleh seorang perempuan dari Thailand yang berkahwin dengan orang tempatan.Mereka tinggal di kedai tersebut.Tetapi lelaki malang tersebut hanya tidur di atas meja dengan berlapikkan sehelai toto.Perempuan tadilah yang menyara makan minum lelaki itu.Dia sudah tua dan tidak mampu bekerja.
5. Saya menemui seorang lelaki tua yang terbaring di dalam bilik disebuah rumah.Dia banyak diam dan kadangkala bangun duduk atau berjalan.Dia melalui suasana hidup yang agak unik.Hampir 26 tahun dia menghabiskan masa hanya di dalam biliknya.Yang menyara makan minumnya hanya isteri dan anak-anak.Baru-baru ini dia keluar seketika bercampur masyarakat.Kini dia menyambung kembali hidup di dalam biliknya.Entah sampai bila lagi.
Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah unik yang telah saya temui.Kalau ada rezeki insya allah saya akan paparkan.Apa yang perlu kita ingat ialah nasib kita terlalu beruntung.Kalau kita miskin, masih ramai lagi orang yang lebih miskin.Kebanyakan mereka mengalami masalah kesihatan mental atau fizikal.Bagaimana mereka nak mendapatkan rezeki?Makan dan minum?Hanya tuhan saja yang tahu apa yang ada di dalam hati mereka.Oleh itu sebagai manusia yang prihatin.Marilah kita membantu mereka yang memerlukannya.Wallahu`aklam.

Ziarah kakak di SABK Al Hidayah
Berbasikal adalah satu aktiviti yang menyihatkan. Saya dah lakukan. Saya berasa tubuh badan semakin segar. Badan kerap berpeluh. Dan yang lebih menarik ialah pemandangan yang luas. Betapa indah dan luasnya alam maya tuhan ini. Syukur.
Sesuatu yang amat saya sukai apabila dapat berbasikal bersama anak dan isteri. Segala yang dilalui bersama membuatkan saya rasa amat indah dan menarik. Paling suka bila melihat isteri atau anak terkejar-kejar mengekori dan mendapatkan kita. Kadang-kadang rasa macam cerita hindustan pulak. Tapi stail kampungan le. Sukenyeee
Isteri pun dah dibelikan basikal baru. Basikal yang sesuai untuk dia sebagai seorang perempuan. Nak beli yang mahal tak mampu. Walau pun terasa gak kalau mahal tentu best. Ada la kawan, tokeh Cina basikal bagi tau.Lagi mahal basikal lagi laju basikal tu. Alah mahal pun kena kayuh gak kan.
Lama jugak ambil masa nak mencari basikalnya. Tengok dalam internet pun banyak tak sesuai. Tapi nak jadi cerita dekat Parit Buntar bertemulah jodohnya. Sampai sekarang saya terasa basikal untuk isteri saya itu sangat murah. Kalau tengok internet harganya lebih RM600.00.
Harga basikal ni hanya RM380.00 je. Alhamdulillah.
Saya juga pernah bercita-cita nak berkayuh basikal bersama keluarga keliling Malaysia. Tapi bila boleh buat? Tak tahu lah. Sebab hari-hari yang dilalui amat sempit. Banyak kerja yang perlu dilakukan.Bagaikan 24 jam sehari tak mencukupi. Tambahan pula masa banyak dihabiskan bersama kawan taulan dan masyarakat. Aktiviti kelas KBNM pun amat mencabar. Semuanya memerlukan masa dan kesabaran.
Matlamat kelas KBNM ialah menghabiskan bacaan al quran dan iqrak dari muka pertama hingga ke akhir. Secara individu. Rekod kelas, ada seorang abang tu yang berupaya membaca dalam masa 12 bulan. Nak pandai baca tu pun bergantung kepada kecergasan minda masing-masing. Yang penting kita hanya berusaha. Yang memberi hanya Allah Taala.
Kali ini saya nak bercerita ziarah saya dan isteri ke sekolah anak kesayangan kami. Jarak sekolah dan rumah tu tak lah jauh sangat. Tapi pasal berbasikal tu jadi mencabar jugak lah. Yang penting bersama isteri.
Bergambar di kawasan rumah
Kami bertolak pada pukul 4.30 petang. Berkayuh melalui jalan tali air. Selain isteri saya, anak saudara saya Zulhelmi turut serta pada mulanya. Dia ni yang saya harap lebih suka berbasikal dari bermotor bila meningkat remaja nanti. Bukan apa takut jadi Mat Rempit.
Elok selesai melalui taliar masuk jalan menuju Sg Burung, Zul Helmi tiba-tiba berhenti berkayuh. Dia memanggil saya. Setelah diperhatikan dirantai basikal, saya dapati gearnya membengkok mengenai jari-jari basikal. Saya menyuruh dia pulang dan membawa basikal dengan berhati-hati.
Perjalanan diteruskan bersama isteri. Sepanjang perjalanan ramai kanak-kanak memerhatikan kami. Mungkin merasa ganjil melihat pasangan suami isteri berbasikal ala-ala pelancong kut. Kalau di pekan suasana ini sudah menjadi kebiasaan. Kerana ramai dah orang minat berkayuh basikal.
Hujan turun rintik-rintik. Tapi perjalanan tetap di teruskan. Ala bukan jauh sangat pun sekolah kakak. Kalau berhenti nanti memakan masa pulak. Takut nanti sampai rumah malam.
Sampai di sekolah kakak, saya terus meletakkan basikal di tepi pondok guard. Manakala isteri terus menunggangnya menuju ke bangunan baru sekolah. Kedengaran beberapa orang pelajar lelaki riuh menyebut perkataan "La Tour D Langkawi".Tapi semasa saya berlalu, mereka mendiamkan diri sahaja.
Kawan-kawan kakak datang mengerumuni kami serta bersalam dengan isteri saya. Kalau dulu mereka merasa lucu melihat saya berbasikal menemui anak saya. Tapi kini tidak lagi. Saya pun tak tahu apa yang tergambar di dalam hati mereka.
Apa yang pasti usaha saya berbasikal bersama isteri untuk bertemu anak mudah-mudahan menjadi iktibar besar kepada diri anak saya. Mudah-mudahan dia menghargai setiap pengorbanan ayah dan ibunya. Mudah-mudahan dia mengenal erti susah payah dan tahu bersabar.
Gambar di atas ialah gambar kakak Darwisyah bersama kawannya.
Cepat betul kakak membesar. Dah jadi anak dara. Mudah-mudahan kau jadi anak yang solehah. Rajin membaca Al Quran dan mendirikan solat. Melakukan kebaikan menjauhi kemungkaran.Aminnnn.
Selesai ziarah kakak, kami solat Asar di surau berhampiran sekolah kakak. Nasib baik ada telekung spare di surau itu.
Selesai solat kami berkayuh pulang ke rumah. Sampai nak dekat malam gak lah...
Letih gak... tapi seronok. Wallahu a`klam
Langgan:
Catatan (Atom)